Tuesday, July 21, 2009

Bersediakah kita?

Sudah bersediakah anda ketika dipanggil oleh Allah S.W.T?
Bersihkan lah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah sebelum kamu diwudhu'kan,
Bersolatlah sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah aurat sebelum auratmu ditutupkan,
Dengan kain kafan yang serba putih,
Tiada guna lagi sedih pada waktu itu,
Walaupun yang hadir itu merintih.

Selepas itu diletaknya di atas lantai,
Lalu dilaksanakan solat jenazah,
Dengan empat takbir dan satu salam,
Berserta Fatihah, selawat dan doa,
Sebagai memenuhi tuntutan kifayah.

Tapi apakah empat takbir itu dapat menebus,
Segala dosa tinggalkan solat tatkala hidup?
Apakah solat tanpa rukuk dan sujud itu,
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian,
Justeru ku menyeru saudaraku sekalian,
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan, cacing dan ulat.

Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelkum ditalkinkan,
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal,
Bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum diistighfarkan,
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan.

Ingatlah di mana sahaja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan,
Serta menikmati rezeki Tuhan,
Justeru bila Dia menyeru,
Sambutlah seruan-Nya sebelum Dia memanggilmu,
Ingatlah kamu, hamba-Nya yang hina.

Dari air mani,
Menjadi segumpal darah,
Menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
Unsur tanah, pijakan ramai,
Jijik ada yang kata, kotor ramai yang rasa,
Tetapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.

Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solah"
Denga penuh rela dan bersedia,
Sambutlah seruan"Hayya 'alal Falah"
Jalan kemenangan dunia dan akhirat.

Ingatlah yang kekal adalah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Untuk kembali ke pangkuan Tuhan.

Pada hari itu tiada gunanya,
Harta, takhta dan putera,
Isteri, wang dan kereta,
Rumah, saham dan niaga,
Kalau dahi tak mencecah tanah di dunia.

Courtesy of Surau Hospital Ampang Putri

Sebagai peringatan bukan sahaja kepada semua pembaca, juga untuk diri penulis yang lemah ini. Saya teringat kata-kata seorang rakan, "Semoga panjang umur, mati tak mengenal umur". Memang betul katanya. Segalanya mengikut ketetapan Allah s.w.t. Mungkin hari ini kita masih sihat, esoknya kita sudah tiada. Sesungguhnya dunia ini hanya sementara dan akhirat jua pengakhirannya. Harap agar menjadi pengajaran buat semua.

Thursday, July 2, 2009

Amaran

Post kali ini ada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Berikut adalah beberapa
wish-wish yang diberikan kepada aku melalui penulisan, sebelum aku meninggalkan setiap sekolah yang aku pernah pergi. Terjumpa buku berkenaan ini tatkala bosan dan insomnia.


Aku dapat yang ini waktu tingkatan 4, bila nak tukar sekolah pertama. Sang penulis=Afif (
nama tak dicensored atas sebab tertentu). Wishnya (klik gambar untuk besarkan, kalau tak boleh, baca sini sahaja): "Aku harap rambut hang membesar".

POOF!! Alhamdulillah. Doa anda dimakbulkan. Rambut aku sekarang besar dan sedang membesar dengan pesat.

Ada lagi 3 di atas tetapi tidak begitu penting.


Ini pula yang kedua. Aku dapat waktu nak keluar dari SBPI Kubang Pasu nak masuk RMC.

POOF!! Doa anda juga dimakbulkan. Alhamdulillah aku masih lagi seperti tertera di atas.

Perhatian kepada rakan-rakan seperjuangan aku di Moscow, nukilan ini bertarikh pada 2006. Maksudnya aku dari dulu dah
cute. Tidak boleh disangkal lagi. Nama penulis dicensored kerana sebab khas. Sekarang kerana bilik aku dulu kesemuanya mempunyai nama binatang kecuali aku, jadi aku diberi nama hamster. Memang secocok.



Selepas selesai dengan buku itu, aku beralih kepada fail aku yang lama tidak berbuka. Aku selak-selak dan ternampak satu surat (bertulis tangan). Aku masih ingat, sebab surat ini lah aku kena marah sebab kawan aku tak tulis nama aku atas sampul. Tempat menerima:sekolah. Hampes.

Dia tulis satu persamaan "tak cukup tidur+study gila-gila=me". Aku harap anda tidak gila macam study
yea. Mungkin surat yang pertama dan terakhir aku dapat kerana orang zaman sekarang lebih suka berbalas e-mail ataupun SMS walaupun tulisan tangan merupakan sesuatu yang lebih bermakna. Aku tahu, aku sendiri tidak suka menulis, lebih-lebih lagi surat. Akan tetapi, kepada sesiapa yang ingin menghantar surat bertulis tangan kepada aku, InsyaAllah akan aku usahakan untuk membalasnya.


*Aku harap agar tiada siapa akan berasa tersinggung.
Sekian untuk kali ini. Cuti ini ada juga faedahnya.