Thursday, July 2, 2009

Amaran

Post kali ini ada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Berikut adalah beberapa
wish-wish yang diberikan kepada aku melalui penulisan, sebelum aku meninggalkan setiap sekolah yang aku pernah pergi. Terjumpa buku berkenaan ini tatkala bosan dan insomnia.


Aku dapat yang ini waktu tingkatan 4, bila nak tukar sekolah pertama. Sang penulis=Afif (
nama tak dicensored atas sebab tertentu). Wishnya (klik gambar untuk besarkan, kalau tak boleh, baca sini sahaja): "Aku harap rambut hang membesar".

POOF!! Alhamdulillah. Doa anda dimakbulkan. Rambut aku sekarang besar dan sedang membesar dengan pesat.

Ada lagi 3 di atas tetapi tidak begitu penting.


Ini pula yang kedua. Aku dapat waktu nak keluar dari SBPI Kubang Pasu nak masuk RMC.

POOF!! Doa anda juga dimakbulkan. Alhamdulillah aku masih lagi seperti tertera di atas.

Perhatian kepada rakan-rakan seperjuangan aku di Moscow, nukilan ini bertarikh pada 2006. Maksudnya aku dari dulu dah
cute. Tidak boleh disangkal lagi. Nama penulis dicensored kerana sebab khas. Sekarang kerana bilik aku dulu kesemuanya mempunyai nama binatang kecuali aku, jadi aku diberi nama hamster. Memang secocok.



Selepas selesai dengan buku itu, aku beralih kepada fail aku yang lama tidak berbuka. Aku selak-selak dan ternampak satu surat (bertulis tangan). Aku masih ingat, sebab surat ini lah aku kena marah sebab kawan aku tak tulis nama aku atas sampul. Tempat menerima:sekolah. Hampes.

Dia tulis satu persamaan "tak cukup tidur+study gila-gila=me". Aku harap anda tidak gila macam study
yea. Mungkin surat yang pertama dan terakhir aku dapat kerana orang zaman sekarang lebih suka berbalas e-mail ataupun SMS walaupun tulisan tangan merupakan sesuatu yang lebih bermakna. Aku tahu, aku sendiri tidak suka menulis, lebih-lebih lagi surat. Akan tetapi, kepada sesiapa yang ingin menghantar surat bertulis tangan kepada aku, InsyaAllah akan aku usahakan untuk membalasnya.


*Aku harap agar tiada siapa akan berasa tersinggung.
Sekian untuk kali ini. Cuti ini ada juga faedahnya.

5 comments:

Dai said...

hehe. aku knal pmilik tulisan 'stay cute' itu...hahaha

Matluthfi90 said...

afif sani ka?

dia tulis bnda2 mcm ni. gilah

i.am.me said...

anda yg beranggapan bhw anda itu "still cute" merupakn tnda2 awal anda m'hdapi sindrom kurang kasih sayang tuh..hehe

Syed Danial said...

hg knai dai? diam2 ja :).afif sani mmg terkenal dengan tulisan dia yang gila2.sejak darjah 1 lagi.

p/s:kurang ke lebih kasih sayang? wah wah.haha :)

Anonymous said...

影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室