Wednesday, December 30, 2009

Indah bukan?

Alangkah indahnya
Jika manusia ini sama
Akal, perangai dan juga fikiran
Tiadalah masalah bertandang dan singgah, bukan?

Alangkah indahnya
Jika keadaan dunia sama
Tenang aman selesa senang
Pupuslah segala keluhan sejuk dan panas, bukan?

Alangkah indahnya
Jika segalanya percuma
Wang duit sudah tiada nilainya
Mengambil yang berkenan
Tanpa takut, malu dan segan

Oh, indahnya, bukan?

Tetapi tidak sesekali ia berlaku
Kerna dunia ini dicipta Tuhan
Dicipta dengan teliti dan sempurna
Daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organisma
Segalanya dengan sebab dan alasan
Untuk tujuan yang terutama
Melakukan apa disuruh-Nya, dan meninggalkan apa larangan-Nya

2 comments:

Dai said...

yep. setuju 120 percent

mud said...

yup. ada benda indah di mata manusia, tapi nilai sebenar dan kesannya sangat celaka.

puisi yang best :)