Sunday, April 5, 2009

Sang Penakut

Melihat ke luar tingkap,
Memandang telus, ke cabangan jalan persisiran kota,
Duduk termangu, memikir apa akan berlaku,
Kaki di atas pemanas, minda berjalan pantas,
Aktiviti sang penakut, tanpa berkata, tanpa menyebut,
Mulut terkunci, suara terlekat, pada tekak sendiri.

Kedengaran suara rakan, sedang rancak dalam perbualan,
Namun, sang penakut masih di dalam dunianya,
Melayang-layang di alam fantasi,
Senyap seketika, rakan bergurau senda,
Ingin menggetarkan kotak suara, tetapi hampa,
Otot larynx kejang, tidak mampu bertutur panjang.

Apakah yang boleh dilakukan?
Pabila sejak azali sudah ditetapkan,
Mindanya dikawal oleh perasaan,
Perasaan menyepi dari persekitaraan,
Perasaan takut menyelubungi badan.

Terlalu banyak rahsia disimpan, malu untuk diterjemahkan,
Daripada marah kepada seseorang,
Hingga ke cinta pada gadis pinangan,
Cerita terpendam di hati, adakah boleh dibawa mati?
Akan tetapi, perlukah anda semua mengetahui?
Biarlah cerita hanyut dek ingatan luput,
Kerna itulah sifat sang penakut,
Menyimpan apa yang diketahui, mengunci segala berkenaan diri.

Kisah sang penakut, mengusir diri dari realiti,
Hanya fikir, fikir dan fikir,
Tiada aplikasi, tiada intonasi,
Ekspresi muka senantiasa sama, tatkala serius mahupun gembira,
Sudah diketahui semua, walau senyuman, tiada beza,
Sang penakut, masih si dia.

4 comments:

.::annemishi::. said...

apsal ku rsa camku jaa tuh...haha~~~

a bit laa.x suma...

Matluthfi90 said...

pergh
smart siot
dh le jadi budak art dh aaa

Syed Danial said...

to anne: sbnrnya aku buat nih ada jugak pasai aku.hihi.byk dr pemerhatian :)

to mud:art+science buleh?

Nur Farahizzati said...

nay..yr own art work?
OMG..i really like it..heee :)