Tuesday, June 23, 2009

3 penjuru

i.
Di satu penjuru sebelah kanan,
Kedengaran sayup, suara rakan,
Keluar segar dari dewan,
Sibuk berbincang tentang peperiksaan,
Itu salah, ini bukan,
Pelbagai bahan menjadi alasan.

Terdengar juga perkataan-perkataan,
Yang tidak patut menjadi perbualan,
Kata-kata kesat memenuhi ruangan,
Jelak mata memandang, rosak pendengaran.

Mengapa harus diperkata sedemikian?
Tidak syukurkah wahai insan?
Adakah dia kurang kefahaman?
Ataupun tidak pernah dia praktikkan?
Percayalah bahawa terdapat kebaikan,
Dari segala yang sudah ditetapkan.

ii.
Halaman yang penuh dengan pelajar,
Ada membaca, ada berehat sahaja,
Seorang demi seorang, masuk ke dewan,
Seorang demi seorang, keluar dengan keputusan.

Sekumpulan manusia sedang berbincang,
Didatangi taulan, yang melepasi rintangan,
Bolehlah, kata si taulan,
Keputusan elok sekadar memuaskan,
"Adakah benar wahai teman?"
"Ya, benar" jawapan penuh keyakinan.

Sukar untuk kami percaya,
Kerana si taulan, pelajar istimewa,
Segalanya berada, di hujung jarinya,
Memuaskan? Pelik bunyinya.

Tepat sekali jangkaan kami,
Si taulan sebenarnya, mendapat lima,
Mengapa sanggup memalsukannya?
Kerana mahu menangkis riak?
Ya, semua faham. Tetapi caranya, betul atau tidak?
Adakah tiada alternatif yang lain?
Banyak tawakal, mungkin jawabnya,
Tiada riak, tipu pun tidak.

iii.
Suara halus di penghujung sana,
Milik wanita berbaju terang, bertudung gelap,
Duduk bersila mengenang nasib,
Bermusahabah berfikir kembali,
Salah silap semalam dan hari ini.

Linangan air mengalir di pipi,
Titis demi titis jatuh ke lantai,
Saccus lacrimalis terbuka, tanpa disedari pemiliknya,
Telah cuba dia bertahan, tetapi gagal,
Suasana hening di pagi peperiksaan,
Sesiapapun tak sedar, gerangan sang penangis.

Perlahan-lahan mencapai bagasi,
Apakah isinya memberi ketenangan?
Sejenis naskhah dibawa keluar,
Satu per satu diselak sang wanita,
Ya, benar. Al-Quran dipegangnya,
Menghayati setiap ayat yang tersimpan,
Untuk mendapat ketenangan yang berkekalan.

Wanita tabah menghadapi dugaan,
Walau apa rintangan di hadapan,
Kitab suci Allah sentiasa menjadi pegangan,
Tatkala senang mahupun kesempitan.



Nota 1: Saccus lacrimalis ialah "tear sac" dalam Latin.

Nota 2: Minta maaf kerana lama tidak update =). Sibuk dengan persiapan pulang dan peperiksaan. Post ini pun sudah lama, cuma tak sempat untuk publish.

4 comments:

Dai said...

syed danial. tidak sangka bhasa mlayu anda memg gempak. hehehe

mud said...

wanita hebat
saya suka

frodo said...

aku suruh ko kawen dengan N bukan nama sebenar x na.. mna nk cari perempuan mcm tu...???

Syed Danial said...

senyap2 ja frod :)