Wednesday, January 28, 2009

Seorang

Seorang penjual roti,
Berdiri di penjuru sebatang jalan,
Menunggu sesiapa untuk bertandang,
Sambil menikmati keadaan sekeliling,
Keadaan yang aman di petang Ahad.

Seorang peniaga buku,
Sedang rancak melelongkan buku-bukunya,
Manusia tidak putus-putus datang dan pergi,
Nasibnya begitu berbeza,
Untung berlipat ganda,
Rugi jauh sekali.

Seorang penjaga kedai,
Sibuk mengemas rak-rak barangan,
Tanpa mengendahkan sesiapa yang berkunjung,
Fokus kepada kerjanya tidak berbelah bahagi,
Menyusun dengan begitu teratur dan sempurna.

Seorang pengunjung pasar,
Berhajat untuk membeli,
Menggunakan segala deria yang dianugerah-Nya,
Mata, telinga, hidung,
Melihat, mendengar, dan menghidu,
Segala yang diingini.

Dalam kekecohan ini,
Seorang peminta sedekah,
Sedang bertasbih di tengah-tengah laluan,
Tanpa kaki dan sebelah tangan,
Menagih simpati kepada yang datang,
Memohon dinar, meringankan beban.

Kini, tiada lagi pengunjung,
Tiada lagi peniaga,
Yang membeli dan menjual,
Pasar yang dahulunya hingar dengan lelongan-lelongan,
Menjadi padang jarak padang terkukur,
Penuh dengan katrij peluru,
Penuh dengan mayat-mayat homosapien,
Tersusun rapi, berlapis-lapis.

Mayat-mayat dihampar di antara langit dan bumi,
Terbiar reput di bawah pancaran sang suria,
Tiada siapa sanggup melihat,
Mahupun menjenguk,
Dihembus angin sepoi-sepoi bahasa,
Tenggelam di bawah timbunan pasir,
Pasir buatan manusia,
Daripada dentuman simen dan konkrit.

7 comments:

mud said...

u wrote dis?
wahhhh

Syed Danial said...

yeah mat.it comes out of nowhere actually.tetiba ja aku terasa nk tulias menda nih :)

Lina said...

:).x semestinya budak sastera ja boleh buat kn...

Syed Danial said...

yup.ideas are everywhere :)

Anonymous said...

Hey..this is so...wow.
This really touched.

Syed Danial said...

thank u very much atiqah :)

Anonymous said...

wohhh....emmmm...beautiful poem eh...

hmj