Sunday, May 10, 2009

Mama

Pertama, 5 April 1988,
Kedua, 20 Julai 1990,
Ketiga, 10 April 1992
Keempat, 29 Disember 1993.

Apakah signifikannya tarikh-tarikh ini?
Mengapakah disusun sebegitu rupa?
Persoalan bertubi-tubi, adakah ia siapa? adakah tarikh semata-mata?
Tarikh lalu hanya sejarah, meskipun orang lupa,
Lupa akan sejarah, perkara biasa, sekeliling kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah kita ingat?
Pabila ibu melahirkan kita?
Atau kita terlalu sibuk,
Meminta hadiah, bersama yang lain?

Tidakkah kita ingat,
Pada ketika itu, pada detik itu,
Seorang insan bernama ibu,
Mengerah segala kudrat dan kekuatan,
Menghasilkan kontraksi, menahan sakit dan keperitan.

Semua insan tidak sempurna,
Sifat lupa tak lari ke mana,
Sekadar peringatan kepada semua,
Tanpa ibu siapalah kita.


5 April-Puteri pertama, Sharifah Sarah
20 Julai-Putera pertama, Syed Danial
10 April-Putera kedua, Syed Afiq
29 Disember-Putera ketiga, Syed Faiq
Dengan tambahan, Muhammad Hazim
Terima kasih Mak!
Selamat hari ibu =)

3 comments:

KS said...

Oh. Kakak kamu namanya Sarah jugak ye? =) I come to notice (after a few poems I read here in your blog) you are good at poetry as well. Meaning that, you can replace my place (when I leave Moscow for good) in GKLN. Mau tak? Hehe.

Matluthfi90 said...

mak kita power
power dari power rangers

Syed Danial said...

to KS:yeah.sama nama juga.hehe.kadang2 teringat juga kat dia time tgk blog KS :). Good? Hurm.tak tau la.i just did this for fun if i got the time.replace in GLKN? wah.what an offer but thanks :)

to mud:betul betul betul.dengan itu, sayangilah ibu bapa kita :)