Pertama, 5 April 1988,
Kedua, 20 Julai 1990,
Ketiga, 10 April 1992
Keempat, 29 Disember 1993.
Apakah signifikannya tarikh-tarikh ini?
Mengapakah disusun sebegitu rupa?
Persoalan bertubi-tubi, adakah ia siapa? adakah tarikh semata-mata?
Tarikh lalu hanya sejarah, meskipun orang lupa,
Lupa akan sejarah, perkara biasa, sekeliling kita.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah kita ingat?
Pabila ibu melahirkan kita?
Atau kita terlalu sibuk,
Meminta hadiah, bersama yang lain?
Tidakkah kita ingat,
Pada ketika itu, pada detik itu,
Seorang insan bernama ibu,
Mengerah segala kudrat dan kekuatan,
Menghasilkan kontraksi, menahan sakit dan keperitan.
Semua insan tidak sempurna,
Sifat lupa tak lari ke mana,
Sekadar peringatan kepada semua,
Tanpa ibu siapalah kita.
5 April-Puteri pertama, Sharifah Sarah
20 Julai-Putera pertama, Syed Danial
10 April-Putera kedua, Syed Afiq
29 Disember-Putera ketiga, Syed Faiq
Dengan tambahan, Muhammad Hazim
Terima kasih Mak!
Selamat hari ibu =)